PROFIL SYARIKAT

SYARIKAT FAIZA SDN. BHD. (HQ)
PLO 442, Jln Wawasan 16,
Kawasan Industri Sri Gading 2,
83300 Batu Pahat,
Johor.
Tel : 607-4556900    Fax : 607-4557800
Email : admin@faizarice.com



Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”. Setelah melihat pontensi beras “Ponni”, SFSB memperkenalkan beras tersebut  yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza herba Ponni  telah diedarkan seluruh Malaysia.

SFSB juga telah menghasilkan pengeluaran padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Thai Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.

SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.

SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.

kredit gambar : laman web Syarikat Faiza