SUMBANGAN

"Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu tunggal", kata Faiza Bawumi Sayed Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 2010.

Puan Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim dengan program yang berbentuk amal "Bersamamu", TV3 kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.


Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal membuatkan beliau berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza pada satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai terutamanya golongan miskin dan ibu tunggal bagi menikmati kehidupan yang lebih baik.